Followers

Friday, January 28, 2011

Banyak kenangan..




Pantai Cagar Hutang di Kampung Labuhan Kerteh memang bersih dan pemandangannya pun menarik.Jika sesiapa pun yang berkunjung pasti terasa ketenangan dan rasa nak datang lagi lain kali.Tapi awas bagi sesiapa yang suka mandi laut kena behati-hati sedikit sebab muka pantainya agak curam untuk yang tak berapa pandai berenang amat tidak dialu-alukan mandi di sini.Namanya pun pantai Labuhan,setahu aku pantai ini pada masa dahulu digunakan sebagai pelabuhan untuk kapal membawa kelapa salai eksport ke negara Cina.
Sebelum terbinanya kawasan industri minyak dan gas kawasan sepanjang pantai ini banyak ditanam pokok kelapa yang luasnya beratus ekar.Pemilik asal seorang Inggeris bernama Matel.Dulu ada perkampungan dikenali sebagai Kampung Nyior Matel yang dihuni lebih kurang 30 keluarga.
Sedih juga rasanya bila mengimbau kenangan lalu,di sini tempat aku membesar yang penuh dengan ketenangan dan kini dipenuhi oleh hutan paip-paip minyak dan gas dan asap pencemaran dari hasil keduanya.
Kalau dulu pada setiap malam dapat dilihat deretan penyu berkunjung ke pantai untuk bertelur,dengan saiz yang berbagai dan dengan gelagat yang tidak serupa.
Kadang2 aku tersenyum sendiri,sedih pun ada bila teringat ada seekor penyu yang susah nak bertelur kerana kakinya kudung sebelah.Penyu bila nak bertelur kakinya memainkan peranan penting untuk buat lubang masa nak bertelur,jadi bila terserempak sahaja dengan penyu tersebut aku bersama2 ayah dan adakalanya dengan rakan ayah sedaya upaya bantu penyu tadi untuk buat lubang bagi memudahkannya bertelur.Itupun kena buat dengan berhati2 takut nanti sampai penyu tu terkejut terus tak jadi bertelur.Kasihan penyu tu,tapi aku tak pasti samada kakinya cacat terkena potong oleh nelayan atau dimakan oleh ikan semasa kecil.
Semua itu tinggal kenangan dan sememangnya kenangan tak akan berulang kembali....
Pantai tu memang bersih lagi setakat hari ini,tak tahu pula sampai bila akan bertahan,tapi bagi kaki pancing amat sesuailah untuk memancing sebab pantainya yang dalam.Kaki pancing kampung sekitar pun selalu dapat ikan yang besar2 tapi aku tak gemar pancing ikan besar sebab lama sangat kena tunggu.Aku lebih suka guna 'apollo' untuk pikat ikan2 kecil,lagi seronok.
Bila ada 'kawan ikan' terus je lontar apollo,kalau nasib baik dalam masa setengah jam dah dapat makan lauk untuk dua hari.
Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke pantai ini memang amat dialu-alukan dan jangan lupa bawa sekali joran kail mana tahu sambil berehat bersama keluarga dapat pula ikan besar buat lauk.

No comments:

Post a Comment