Followers

Saturday, December 18, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masehi

Rasa macam tak percaya, dalam pejam celik dah masuk ke tahun baru hijrah dan tak berapa hari lagi nak ke tahun baru masehi pula.
Tapi betul ke kita dah berhijrah dengan erti kata hijrah yang sebenar,kerana Nabi s.a.w telah bersabda lebih kurang maksudnya,tiada lagi hijrah dari Makkah ke Madinah selepas penghijrahan baginda dan sahabat-sahabatnya.
Jadi dengan kata lain kita tidak dituntut untuk berhijrah seperti yang Nabi s.a.w lakukan,cuma kita dituntu untuk berhijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Kalau dulu agak malas sekarang kena rajin,tak belajar kena belajar,dan seterusnya...
Zaman sains dan komputer sekarang macam-macam boleh jadi,dari sehari ke sehari manusia cepat berubah sampai yang tak layak digelar manusia pun sudah ada sekarang,malahan lebih teruk dari binatang pun ada.
Tak susah nak cari sampai ke dalam hutan,dalam surat khabar pun boleh dikatakan setiap hari ada makhluk yang macam ni,yang tak tahu nak letak status apa,manusia atau binatang atau orang Terengganu cakap 'Menatang'(manusia campur binatang)....Banyak cerita yang kita dengar dan baca,tiap-tiap hari kes bunuh,ada sahaja yang kena ragut,berzina dan buang anak dah menjadi perkara biasa.Apa yang menyedihkan orang yang menegah dari berlakunya zina sendiri yang berzina.
Memang dunia sudah haru biru,apa nak jadi dengan keturunan yang akan datang saya sendiri pun susah nak meramalkan dan memang tak boleh diramalkan,wawasan 2020?..Rasanya kalau tercapai pun tak tahulah macam mana rupanya,sama-samalah kita tunggu dan lihat kalau ada kesempatan.Cuma perkara yang amat merungsingkan,orang zaman sekarang seperti tiap-tiap hari panggil bala dari Allah dengan berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran yang dilakukan.
Setiap masa dilalaikan dengan hiburan seperti nyanyian,tarian dan berbagai permainan yang tidak mengira waktu...terlalu banyak perkara yang mengkhayalkan dari yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Sampai bila...?Entahlah,mungkin sampai kiamat kita akan ditipu oleh dunia yang penuh dengan tipu dayanya itu....