Ikan Tapah Gergasi memang sukar ditemui terutamanya di kawasan sungai yang sentiasa menjadi lokasi para pemancing mencari mangsanya.
Tapi hari itu rakan aku memang betul2 bernasib baik dan memang sudah rezeki dia untuk mendapat habuan RM450 dalam sekelip mata hasil jualan ikan tapah bemban tersebut.
Kata orang rezeki jangan ditolak....
Secara tiba2 semasa asyik leka memancing...bukannya ikan tapah tersebut makan umpan tapi macam sengaja nak dijadikan rezeki datang bergolek,kawan aku nampak macam kayu hanyut datang menghampirinya.Sesekali terfikir juga jangan2 sang bedal buat joke,bimbang juga katanya.Tapi dia beranikan diri untuk melihat dengan lebih dekat,...eh..ikan tapah rupanya.Tanpa berfikir panjang dia pun cuba tarik , tapi tak berjaya sebab berat sangat.Selepas diikat dengan tali, ikan tersebut ditunda dengan bot fibernya ke muara sungai perlahan- lahan.
Sampai sahaja dekat pengkalan habis riuh sekampung member aku memancing dapat ikan besar.Timbangannya mencecah 45kg dan dijual pada harga RM10 sekilo.Telornya sahaja sudah seberat 7kg,ingatkan ada anak kera kat dalam perut tapi yang dikandung adalah telor.Aku pun macam tak percaya sebab selama ini tak pernah pun lihat ikan sebesar itu.Alhamdulillah rezeki anak2 dialah tu..Ikan tu sebenarnya baru je mati,tak pasti lak mati bunuh diri ke atau macam mana,yang penting masih panas2 kata orang tu....
peh besar sioot ikan tur. dah boleh masuk river monster..
ReplyDeletememang besar sungguh,ada seorang pakcik tu cakap dia sendiri tidak pernah lihat ikan sebesar itu...
ReplyDelete