Followers

Friday, February 18, 2011

Bas Runcit..

Perkhidmatan bas henti-henti atau dengan kata lain bas runcit semakin kurang mendapat sambutan orang ramai yang majoriti sekarang mempunyai kenderaan sendiri.
Pada 31hb Februari 2010 setelah sekian lama aku tidak menggunakan perkhidmatan bas runcit sebagai pengangkutan utama tiba-tiba menjadi pilihanku.
Aku sendiri keliru entah macam mana aku teringin menggunakan perkhidmatan bas runcit setelah hampir 15 tahun tidak menggunakannya.

Waktu aku naik bas tu dah pukul 10 pagi setelah hampir 2 jam aku menunggu,memang amat membosankan.
Jika dulu 1jam sekali pasti ada bas yang lalu,tapi sekarang 2 jam baru muncul itupun aku dikira bernasib baik sebab kakak yang jual surat khabar berhampiran tempat menunggu bas tu cakap memang bas sekarang ni sudah tak mengikut waktu,kalau bernasib baik ada la bas yang lalu.
Tapi aku sendiri tak pasti samada betul atau tidak cakap kakak tu.

Suasana di dalam bas tidak jauh bezanya,dengan lantai bas di buat dari besi,kalau dulu lantainya dibuat dari kayu...tingkap sliding...
Aku masih ingat bas dulu tingkapnya bukan sliding ke tepi tapi sliding ke atas dan bingkainya dibuat dari kayu.
Pernah juga aku hampir tersepit tangan bila tiba-tiba sliding tingkap jatuh akibat bas terjun lubang,maklum sahajalah tingkap sliding tu bukannya ada lock atau mungkin aku yang tak nampak lock dia.Tapi setahu aku tak pernah pulak aku terjumpa kat mana lock dia.Bila angkat ke atas je dah tingkap tu melekat..tercari-cari juga aku macam mana tingkap tu boleh lock macam tu je...


Bas yang aku naik hari tu bas runcit dari Dungun ke Kemaman dengan harga tiket Rm4,alahai mahal pulak rasanya.
Tak sedar pulak aku sampai mahal macam tu sekali harga tiket bas sekarang ni.Kalau dulu rasanya kalau tak silap Rm1 je dah boleh sampai di Kemaman.
Cepat sungguh masa berlalu....dan perubahan amat ketara sekali,itu baru harga tiket bas,tidak termasuk benda-benda lain lagi

 Jam di tangan menunjukkan pukul 11 pagi waktu aku sampai di stesen bas Kemaman,terus aku kejar bas untuk ke Kuantan kerana bas tu sudah pun nak bertolak.
Nasib baik tepat pada masanya bas yang aku naik tadi sampai,kalau tidak entah berapa lama pulak aku kena tunggu.
Harga tiket rasanya lebih murah sedikit kalau dibandingkan dengan bas dari Dungun ke Kemaman, Rm 6.20 sahaja dengan jarak perjalanan yang jauh dari Kemaman ke Kuantan.
Suasana dalam bas agak meriah kerana ramai yang naik sehinggakan ada yang terpaksa berdiri kerana semua tempat duduk penuh tapi si pemandu buat muka sardin cap ayam je terus berhenti untuk ambil penumpang sampai melimpah macam kuah gulai penuh dalam mangkuk.

Mengalahkan bas ke Kemaman yang aku naik tadi,orang negeri Pahang masih memilih bas sebagai pengangkutan utama mereka,tapi tak tahu pulak aku hari yang lain bagaimana sambutannya.

Seronok juga naik bas ni sehinggakan aku sempat terlelap seketika terkena tiupan angin sepoi-sepoi melalui tingkap bas....
Lain kali kalau ada peluang aku nak naik lagi..... 

Friday, January 28, 2011

Dendam Membara



Kadang-kadang sukar untuk kita jangka dan kita terima hakikat bahawa haiwan mempunyai sifat pendendam yang amat kuat.Kalau tidak takkan terjadi peristiwa seperti di dalam gambar di atas.
Mungkin inilah satu pengajaran kepada kita,jangan ambil mudah perasaan orang lain bila kita nampak saja lemah maka kita ambil kesempatan untuk mengutuk,membuli,mencerca dan macam2 'mem'  lagi.
Tapi ingat apa balasan yang akan diterima akibat perbuatan kita yang lalu,kalau tidak berlaku balas dendam dari orang yang kita aniayai..ingat Allah akan tetap membalasnya.Kita jangan ambil mudah kesalahan lampau dan cuba untuk mengulanginya lagi.Gelagat sang harimau memang tidak diduga oleh si buaya yang terkenal ganas dan amat sukar dikalahkan oleh haiwan lain.Tapi adakalanya kemarahan mengatasi segalanya,buaya tersebut dibunuh dan ditinggalkan begitu sahaja.
Manusia pun ada yang macam tu,malahan lebih teruk lagi dari haiwan bila perangai jadi begitu disebabkan kita dikurniakan akal....Sifat berdendam sesama manusia adalah satu sifat yang tidak baik,kita seharusnya saling memaafkan antara satu sama lain.Itulah satu sikap yang amat terpuji.
Biasanya selalu orang berkata,air yang tenang jangan disangka tiada buaya,tetapi sekarang buaya sendiri sudah banyak yang terancam.Begitulah lumrah alam, yang kuat biasanya dialah raja dan yang lemah menjadi mangsanya.Tetapi bagi manusia, yang membezakan adalah iman kepada Allah,akal dan ketakwaan yang sungguh2.

Banyak kenangan..




Pantai Cagar Hutang di Kampung Labuhan Kerteh memang bersih dan pemandangannya pun menarik.Jika sesiapa pun yang berkunjung pasti terasa ketenangan dan rasa nak datang lagi lain kali.Tapi awas bagi sesiapa yang suka mandi laut kena behati-hati sedikit sebab muka pantainya agak curam untuk yang tak berapa pandai berenang amat tidak dialu-alukan mandi di sini.Namanya pun pantai Labuhan,setahu aku pantai ini pada masa dahulu digunakan sebagai pelabuhan untuk kapal membawa kelapa salai eksport ke negara Cina.
Sebelum terbinanya kawasan industri minyak dan gas kawasan sepanjang pantai ini banyak ditanam pokok kelapa yang luasnya beratus ekar.Pemilik asal seorang Inggeris bernama Matel.Dulu ada perkampungan dikenali sebagai Kampung Nyior Matel yang dihuni lebih kurang 30 keluarga.
Sedih juga rasanya bila mengimbau kenangan lalu,di sini tempat aku membesar yang penuh dengan ketenangan dan kini dipenuhi oleh hutan paip-paip minyak dan gas dan asap pencemaran dari hasil keduanya.
Kalau dulu pada setiap malam dapat dilihat deretan penyu berkunjung ke pantai untuk bertelur,dengan saiz yang berbagai dan dengan gelagat yang tidak serupa.
Kadang2 aku tersenyum sendiri,sedih pun ada bila teringat ada seekor penyu yang susah nak bertelur kerana kakinya kudung sebelah.Penyu bila nak bertelur kakinya memainkan peranan penting untuk buat lubang masa nak bertelur,jadi bila terserempak sahaja dengan penyu tersebut aku bersama2 ayah dan adakalanya dengan rakan ayah sedaya upaya bantu penyu tadi untuk buat lubang bagi memudahkannya bertelur.Itupun kena buat dengan berhati2 takut nanti sampai penyu tu terkejut terus tak jadi bertelur.Kasihan penyu tu,tapi aku tak pasti samada kakinya cacat terkena potong oleh nelayan atau dimakan oleh ikan semasa kecil.
Semua itu tinggal kenangan dan sememangnya kenangan tak akan berulang kembali....
Pantai tu memang bersih lagi setakat hari ini,tak tahu pula sampai bila akan bertahan,tapi bagi kaki pancing amat sesuailah untuk memancing sebab pantainya yang dalam.Kaki pancing kampung sekitar pun selalu dapat ikan yang besar2 tapi aku tak gemar pancing ikan besar sebab lama sangat kena tunggu.Aku lebih suka guna 'apollo' untuk pikat ikan2 kecil,lagi seronok.
Bila ada 'kawan ikan' terus je lontar apollo,kalau nasib baik dalam masa setengah jam dah dapat makan lauk untuk dua hari.
Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke pantai ini memang amat dialu-alukan dan jangan lupa bawa sekali joran kail mana tahu sambil berehat bersama keluarga dapat pula ikan besar buat lauk.

Thursday, January 13, 2011

Pisang Pelik

Pokok pisang ini tak adalah istimewa sangat pada pandangan biasa tapi kalau betul2 lihat memang ada yang luar biasa.Ada ke patut keluar buah melalui batang,tapi itulah kekuasaan Allah yang mampu buat apa sahaja.Pada mulanya aku sendiri tak perasan ada pokok pisang pelik dekat belakang rumah, bukan aku punya tapi jiran rumah sebelah yang tanam.Nasib baik tak keluar buah nangka ke atau buah kelapa sebab dekat sangat dengan kedua2 pokok tersebut.
Pada mulanya ingatkan keluar jantung sahaja tapi sekarang sudah berbuah pulak dia.

Sama2 kita tunggu apa akan terjadi selepas ini.....

Ikan Tapah Gergasi

Ikan Tapah Gergasi memang sukar ditemui terutamanya di kawasan sungai yang sentiasa menjadi lokasi para pemancing mencari mangsanya.
Tapi hari itu rakan aku memang betul2 bernasib baik dan memang sudah rezeki dia untuk mendapat habuan RM450 dalam sekelip mata hasil jualan ikan tapah bemban tersebut.
Kata orang rezeki jangan ditolak....
Secara tiba2 semasa asyik leka memancing...bukannya ikan tapah tersebut makan umpan tapi macam sengaja nak dijadikan rezeki datang bergolek,kawan aku nampak macam kayu hanyut datang menghampirinya.Sesekali terfikir juga jangan2 sang bedal buat joke,bimbang juga katanya.Tapi dia beranikan diri untuk melihat dengan lebih dekat,...eh..ikan tapah rupanya.Tanpa berfikir panjang dia pun cuba tarik , tapi tak berjaya sebab berat sangat.Selepas diikat dengan tali, ikan tersebut ditunda dengan bot fibernya ke muara sungai perlahan- lahan.
Sampai sahaja dekat pengkalan habis riuh sekampung member aku memancing dapat ikan besar.Timbangannya mencecah 45kg dan dijual pada harga RM10 sekilo.Telornya sahaja sudah seberat 7kg,ingatkan ada anak kera kat dalam perut tapi yang dikandung adalah telor.Aku pun macam tak percaya sebab selama ini tak pernah pun lihat ikan sebesar itu.Alhamdulillah rezeki anak2 dialah tu..Ikan tu sebenarnya baru je mati,tak pasti lak mati bunuh diri ke atau macam mana,yang penting masih panas2 kata orang tu....